Wednesday 8 July 2015

APA JADI PADA MASYARAKAT KITA????
Telur palsu, daging palsu sekarang wujudnya beras palsu dalam pasaran. Apa yang terjadi pada masyarakat kita?
Masyarakat kita menjadi semakin mementingkan diri sendiri, demi wang, macam - macam berlaku menyebabkan keadaan huru - hara. Demi wang orang sekarang sanggup buat apa - apa saja untuk mencapai matlamat diri sendiri termasuklah tipu, rompak, culik, jual badan sendiri atau pun lagi teruk melakukan pembunuhan.
Masyarakat zaman sekarang semakin maju dalam sains dan teknologi. Sains dan teknologi canggih sampai boleh membawa banyak keselesaan dalam kehidupan manusia. Sepatutnya kualiti kehidupan kita menjadi semakin baik tetapi hakikatnya adalah berlaku sebaliknya. Tamadun manusia semakin berundur. Nilai moral kita semakin berundur adalah puncanya. Hubungan manusia dengan manusia semakin dingin. kalau seseorang menghadapi masalah jarang - jarang ada orang menghulurkan bantuan. Bantuan hanya akan diberikan jikalau orang ketahui seseorang itu adalah anak orang kaya. semua orang hanya akan fikirkan kebaikan diri sendiri saja. 
Kita kena semaikan nilai moral dalam minda setiap orang untuk mengubah keadaan ini. Nilai moral macam benih baik dalam otak setiap orang. kita lihat adik - beradik dalam satu keluarga yang sama kenapa ada personaliti yang berlainan. Ini semua disebabkan keadaan sekeliling di rumah atau sekolah, layanan yang diterima, apa yang seseorang rasai boleh membentuk pendirian seseorang menjadi unik. Jadi kita kena semaikan sesuatu yang baik harapkan akan membentuk sesuatu yang baik untuk masa depan.

Thursday 2 July 2015

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENDIDIKAN MORAL 
TARIKH : 11/6/15
MASA    : 10.30-12.30
HARI      : KHAMIS
KUMPULAN SASARAN: 5S1 -5A3

Ceramah ini telah diadakan untuk membantu pelajar -pelajar dalam mengenal pasti kehendak soalan dengan tepat. Tujuannya supaya pelajar dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan SPM pada tahun ini. Bagi menjayakan ceramah ini, Puan Puvanis selaku J.U dan Guru Cemerlang PM telah dijemput sekali lagi untuk menyampaikan ceramahnya. Berdasarkan maklum balas, murid amat berpuas hati dengan ceramah ini kerana banyak manfaat dan ilmu diperoleh mereka. 

KURSUS PENANDAAN KERTAS PENDIDIKAN MORAL
Tarikh: 25/4/15
Hari    : Sabtu
Tempat : Pusat Sumber SMK Berapit


Kursus Penandaan Kertas Pendidikan Moral telah dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Moral yang mengajar dari tingkatan 1 hinggalah ke tingakatan 5. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang teknik pemarkahan dan penandaan kertas ini di samping untuk menyeragamkan penandaan guru-guru. Bagi memantapkan kurus ini, Puan Puvanis yang merupakan J.U dan Guru Cemerlang P.M telah dijemput bagi menyampaikan ceramah. Di samping itu Cik Shamlah juga menyampaikan minit curai penandaan yang telah dihadirinya. Kursus ini berjalan dengan jayanya dan banyak manfaat diperoleh guru.






Tuesday 12 May 2015

 

Hari ini 13 Mei 2015
Pada tahun 1969 berlakunya rusuhan kaum di negara kita. Peristiwa ini menjadi sejarah hitam sejarah negara kita. Apakah yang kita belajar daripada peristiwa ini?

Kita mesti terapkan nilai yang baik untuk kekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita

  1. Hormat budaya kaum lain
  2. Elakkan daripada pantang larang bangsa lain
  3. Toleransi
 http://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei