Wednesday 8 July 2015

APA JADI PADA MASYARAKAT KITA????
Telur palsu, daging palsu sekarang wujudnya beras palsu dalam pasaran. Apa yang terjadi pada masyarakat kita?
Masyarakat kita menjadi semakin mementingkan diri sendiri, demi wang, macam - macam berlaku menyebabkan keadaan huru - hara. Demi wang orang sekarang sanggup buat apa - apa saja untuk mencapai matlamat diri sendiri termasuklah tipu, rompak, culik, jual badan sendiri atau pun lagi teruk melakukan pembunuhan.
Masyarakat zaman sekarang semakin maju dalam sains dan teknologi. Sains dan teknologi canggih sampai boleh membawa banyak keselesaan dalam kehidupan manusia. Sepatutnya kualiti kehidupan kita menjadi semakin baik tetapi hakikatnya adalah berlaku sebaliknya. Tamadun manusia semakin berundur. Nilai moral kita semakin berundur adalah puncanya. Hubungan manusia dengan manusia semakin dingin. kalau seseorang menghadapi masalah jarang - jarang ada orang menghulurkan bantuan. Bantuan hanya akan diberikan jikalau orang ketahui seseorang itu adalah anak orang kaya. semua orang hanya akan fikirkan kebaikan diri sendiri saja. 
Kita kena semaikan nilai moral dalam minda setiap orang untuk mengubah keadaan ini. Nilai moral macam benih baik dalam otak setiap orang. kita lihat adik - beradik dalam satu keluarga yang sama kenapa ada personaliti yang berlainan. Ini semua disebabkan keadaan sekeliling di rumah atau sekolah, layanan yang diterima, apa yang seseorang rasai boleh membentuk pendirian seseorang menjadi unik. Jadi kita kena semaikan sesuatu yang baik harapkan akan membentuk sesuatu yang baik untuk masa depan.

No comments:

Post a Comment